Isnin, 16 Januari 2017

MALAYAN PEOPLE'S ANTI-JAPANESE ARMY

Malayan People's Anti-Japanese Army atau Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) merupakan organ Parti Komunis Malaya (PKM), yang juga dikenali sebagai Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama 14 hari pada 1945.
Ramai orang keturunan Cina menyertai pertubuhan ini, kerana menyimpan perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluk negara China pada masa itu.
Pemerintahan Bintang Tiga adalah jangka masa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945 sehinggalah tarikh kepulangan tentera British kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Pentadbiran British.
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British untuk membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.
Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. PKM kemudian membentuk MPAJA.
Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagi Jookidam, di Tanah Melayu.
Dalam masa 14 hari tersebut ramai orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun.
Dalam tempoh dua minggu itu berleluasalah anggota Bintang Tiga memasuki kampung-kampung untuk mencari bekas ahli Jookidam, yang kebanyakannya orang Melayu.
Kebencian Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan daripada tindakan Jepun menakluk negara China, di mana ramai orang China yang telah dibunuh, terutamanya di Nanjing dalam tragedi yang dikenali sebagai Penyembelihan Nanjing.
Tentunya Jepun tidak mempercayai orang China, dan begitu juga sebaliknya, orang China amat memusuhi Tentera Jepun. Dan kebanyakan mangsanya adalah pengawal-pengawal kampung yang menanggotai Jookidam.
Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa bekas-bekas anggota Jookidam, ke pinggir hutan dan mereka kemudian disuruh menggali lubang.
Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam di dalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup.
Ada juga yang ditembak di tepi lubang dalam keadaan berlutut. Ada pula yang digantung selepas perbicaraan singkat tanpa pembelaan.
Tiada siapa yang berani membela mereka kerana takut disyaki sebagai pembelot.
Pembunuhan ini menimbulkan reaksi tindak balas daripada orang Melayu seperti yang dilakukan oleh Panglima Salleh Selempang Merah yang mendapat sokongan padu daripada orang kampung yang bersenjatakan senjata tradisi parang dan tombak, sehingga mampu mengancam pihak komunis yang lengkap bersenjata api.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131004/lk_01/MPAJA-bunuh-ramai-orang-Melayu#ixzz4Vuz93Pv0 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 ulasan:

  1. Isnin, 16 Januari 2017

    BalasPadam