Rabu, 18 Januari 2017

LIMA SEBAB KENDERAAN BOLEH TERBAKAR

5 sebab bagaimana kereta boleh terbakar

Posted by   on 
kereta meletup
Banyak kali kita dengar berita kereta atau lain-lain jenis kenderaan terbakar. Baru-baru ini ada berita 4 orang terselamat dari mati terbakar hidup-hidup setelah kereta mereka terbakar. Kereta Perodua MyVi tersebut terbabas setelah tidak dapat dikawal.

Kejadian berlaku di KM371.2 Lebuhraya Utara Selatan arah ke Utara berhampiran Slim River. Nasib baik kesemua penumpang iaitu dua lelaki dan dua perempuan berjaya keluar dari kereta Perodua MyVi mereka yang terbakar.

Sebaik saja  pasukan bomba datang, kesemuanya telah keluar dari kenderaan tersebut. Bomba ambil masa hanya dua minit untuk menghentikan kebakaran kereta itu. Lebih dari 80% daripada keseluruhan kenderaan tersebut hangus terbakar.

Anda sendiri tentu pernah terserempak dengan kejadian kereta terbakar atau kenderaan lain yang terbakar. Biasanya api amat kuat membakar dan memusanahkan keseluruhan kereta yang terbakar. Bila kereta terbakar, walaupun tak menghalang lalu lintas, trafik akan jem teruk sebab ngeri melihat kereta terbakar.

Persoalannya bagaimana boleh berlaku kereta terbakar?

5 Sebab bagaimana kereta boleh terbakar

Untuk maklumat pembaca, kenderaan meletup adalah sesuatu yang teramat jarang berlaku. Jadi jangan risau dan cuba nak bayangkan kenderaan anda tiba-tiba meletup ketika anda sedang memandu. Ia biasanya tak akan berlaku tak tentu pasal.

Tapi untuk kereta anda terbakar, memang ada potensi di sebabkan oleh 5 perkara berikut:

Kereta terbakar sebab overheating

Kereta Perodua MyVi terbakar selepas terbabas. 80% dari pada kereta itu hangus
Bila kereta anda overheating atau panas belebihan ia boleh mengundang kebakaran. Yang overheating itu sudah tentu enjin kereta anda. Enjin kereta atau mana-mana jenis enjin memang akan panas bila beroperasi. Sebab itu ada mekanisma untuk meredakan kepanasan pada enjin tersebut.

Kereta ada radiator, ada kipas dan lain-lain yang bersangkutan untuk meredakan panas yang berlaku pada enjin. Jadi bila kesemua mekanisma untuk menyejukkan enjin kereta anda, akan berlaku berlebihan panas dan ada potensi kereta terbakar.

Tak selenggara kereta dengan baik

Banyak juga minyak atau cecair yang ada pada kenderaan anda mampu mencetuskan kebakaran. Oleh itu jika ada kebocoran, ianya akan mengundang bahaya. Maka dari itu, pastikan anda jangan main-main dengan aktiviti selenggaraan kereta anda. Sebab itu maintenance perlu berjadual dan mekanik mesti bantu anda check betul-betul kereta.

Cetusan elektrik

Dalam kenderaan anda ada wire dan ada juga bateri. Bila-bila masa sahaja ada potensi tercetusnya spark atau percikan api jika wire tak elok, bocor dan tercentuh bahan api yang boleh menyala. Ini juga satu lagi akibat mengabaikan maintenance kereta. Semua masalah itu boleh dihindari kalau maintenance dijagi dengan baik.

Kemalangan akibat cuai

Ada masanya orang merokok dalam kereta atau main api dalam kereta. Ini boleh mencetuskan kebakaran. Tapi ada juga kes yang mana panas matahari menjadi kuat terfokus pada cermin kereta dan menyebabkan kebakaran berlaku dalam kereta tersebut. Macam anda gunakan kanta untuk bakar kertas. Walaupun ianya jarang berlaku, tapi adalah bijak untuk sentiasa parkir di tempat yang terlindung dari terik matahari.

Kesilapan rekabentuk

Ada juga kes sebegini yang mana pembuat kereta tidak reka dan bina kenderaan mereka dengan baik dan selamat dari apa saja potenti kebakaran. Kalau jadi begini memang best sebab boleh saman pembuat kereta tersebut dan belasah duit mereka banyak-banyak.

Sudah tentu satu lagi sebab atau punca kereta terbakar adalah bila ada orang sengaja curah minyak petrol dan cucuh api pada kenderaan anda. Biasanya samseng yang ganas suka buat kerja macam itu. Dalam cerita Tamil juga suka tayang babak macam itu.

Kenderaan anda juga boleh terbakar bila berlaku kemalangan. Macam yang saya sebut kat atas tadi, kereta kita ada macam-macam bahan bakar dan banyak bahan yang mudah terbakar. Bila ada spark sikit atau percikan api, dan ada pula kebocoran minyak petrol, maka api akan menjulang dengan mudah dan pantas.

Tapi kebakaran biasanya akan berlaku hanya pada bahagian enjin sahaja. Jarang nak merebak pergi kepada bahagian dalam kereta tempat anda duduk. Pastikan kereta anda dipasang dengan semua alat penebat api yang boleh menghalang kebakaran dari merebak. Pastikan juga ada sediakan alat pemadam kebakaran kecil dalam kereta.

1 ulasan: