Rabu, 18 Januari 2017

AKTA PARANG DALAM KEGUNAAN HARIAN

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas seorang lelaki atas dua pertuduhan pilihan memiliki sebilah parang dan alatan mencuri kereta pada tahun lalu.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Ahmad Firdaus Mohd. Zain, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Ahmad Firdaus dituduh memiliki sebilah parang berhulu plastik warna biru sepanjang 70 sentimeter di dalam sebuah kereta jenis Proton Satria di hadapan Klinik Ang, Jalan Sultan Ibrahim di sini kira-kira jam 5 petang pada 26 Jun tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun.
Mengikut pertuduhan pilihan kedua pula dia didakwa memiliki alat mencuri kereta iaitu sebatang besi berbentuk L yang telah diubahsuai dan ditajamkan pada waktu dan tempat yang sama.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad dibuat mengikut Seksyen 28 (i) (ii) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM250 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh dalam mitigasinya meminta mahkamah agar memberikan hukuman minimum terhadap kedua-dua kesalahan tersebut
Mohd Yusoff memerintahkan tertuduh dipenjara lima tahun bagi kesalahan pertama bermula daripada tarikh ditangkap iaitu pada 26 Jun tahun lalu manakala penjara enam bagi kesalahan kedua dan hukuman terbabit berjalan serentak.

1 ulasan:

  1. Rabu, 18 Januari 2017

    Dicatat oleh ECOMP TECHNOLOGY di 7:20 PTG

    BalasPadam