MELAKA 28 Sept. - Polis negeri menumpaskan satu sindiket pemalsuan cukai jalan dan geran kenderaan selepas menahan sembilan lelaki termasuk seorang bekas pensyarah di negeri ini, baru-baru ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, sindiket dikenali sebagai Kumpulan Jambu itu dipatahkan selepas ketuanya yang juga bekas pensyarah tersebut ditahan semasa serbuan di sebuah rumah banglo dua tingkat di Taman Paya Rumput Perdana, Alor Gajah pada 3 September lalu.
Menurutnya, sepasukan polis telah membuat serbuan di rumah banglo berkenaan kira-kira pukul 6.45 petang dan menahan seorang lelaki bersama sembilan keping geran kereta disyaki palsu.
“Siasatan lanjut kita percaya lelaki itu yang mempunyai kemahiran teknologi maklumat (IT) membuat cukai jalan palsu tersebut dan menjualnya dengan harga RM200 sekeping,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Ujar Ramli, susulan penahanan lelaki berumur 28 tahun itu, polis menemukan dua buah kereta klon yang dirampas di Pulau Pinang dan Terengganu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.
Jelasnya, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dan cukai jalan serta geran kenderaan palsu dibuat berdasarkan tempahan pelanggan melalui orang tengah yang diberi sedikit keuntungan.
“Kita juga telah menahan lapan lagi suspek termasuk pelanggan yang berurusan mendapatkan cukai jalan dan geran kenderaan palsu tersebut.
“Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 474 Kanun Keseksaan kerana memiliki cukai jalan palsu,” tambahnya.
UNIVERSITI PALSU SDN BHD
Khamis, 19 Januari 2017
BalasPadamUNIVERSITI SAINS MALAYSIA