3 maut letupan bom di selatan Thai
BANGKOK: Tiga maut sementara 18 yang lain cedera akibat letupan bom di sebuah pasar di wilayah Yala, selatan Thailand hari ini, kata Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC).
Wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala di selatan Thailand yang didiami majoriti penduduk Muslim, sekian lama menjadi lokasi pemberontakan etnik Muslim Melayu yang berjuang bagi mendapatkan kuasa autonomi.
Sejak 2004, lebih 6,000 orang terkorban.
"Penjenayah ini memasang bom pada sebuah motosikal dan meletakkannya di sebelah sebuah troli. Kekuatan letupan ini menyebabkan tiga orang terbunuh," kata jurucakap ISOC, Pramote Prom-in.
ISOC adalah pasukan keselamatan kerajaan yang beroperasi di wilayah itu.
Setakat ini, masih belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan