Sabtu, 29 September 2018

THE HISTORY OF PUTING BELIUNG IN MALAYSIA.

[A] SMEALL SOMETHING.
[B] EATING HACK.
[C] MY HOME NOT STABLE.
[D] SOMETHING APPEAR FROM EARTH.
[E] JAI BIN AGOS OF ELECTRICAL CONSTRUCTOR.
Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.[1][2][3]
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya.
Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung

Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.
Amerika Syarikat ialah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini. Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado Alley).
Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya, penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan.
Senarai peristiwa puting beliung terdahsyat yang pernah direkodkan di dunia[sunting | sunting sumber]
1.   Puting beliung Natchez (7 Mei 1840) - Fenomena berlaku meliputi daerah ConcordiaParishLouisianaAdams County dan MississippiAmerika Syarikat. Sebahagian kematian jiwa direkodkan berlaku di Sungai Mississippi. Walaupun angka kematian rasmi seramai 269 orang, namun pihak penyelamat mengganggar jumlah kematian jauh lebih tinggi.
2.   Puting beliung St. Louis (27 Mei 1896) - Malapetaka telah meragut sekurang-kurangnya 137 orang. Bandar St. Louis, Amerika Syarikat dilaporkan terjejas teruk. Kompleks beli-belah, rumah, kedai-kedai kaki lima, hospital, kereta api dan gereja digambarkan hilang dalam tempoh begitu singkat.
3.   Puting beliung Tri-State (18 Mac 1925) - Sekitar tempoh tiga jam lebih, puting beliung ini telah mengorbankan 700 nyawa dan menghancurkan lebih daripada 15,000 kediaman di wilayah IllinoisIndiana dan Missouri, Amerika Syarikat.
4.   Puting beliung The Tupelo (5 April 1936) - Ia berlaku dekat Coffeeville, daerah Yalobusha, Amerika Syarikat. Dalam kes ini, sebuah kompleks membeli belah terpaksa dijadikan hospital sementara dan pusat transit perlindungan. Sebanyak 233 nyawa melayang, 150 kabin sementara dibina supaya dijadikan rumah perlindungan tambahan sementara.
5.   Puting beliung The Gainesville (6 April 1936) - Puting beliung ini melalui bandar GainesvilleGeorgia. Sebanyak 750 buah rumah hancur dan ranap. Seramai 203 orang terbunuh, 40 orang dilaporkan hilang. Kematian terbesar dalam peristiwa puting beliung ini melibatkan kematian terbesar yang hanya berlaku di sebuah gedung membeli-belah terkemuka di sana.
6.   Puting beliung Joplin (21 Mei 2011) - Berlaku di bandar JoplinMissouri, Amerika Syarikat. Disifatkan bencana puting beliung paling teruk yang pernah melanda AS dalam tempoh setengah abad. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Saiz puting beliung dianggarkan 10 km panjang ke atas dan 1.2 meter lebar diameter radius. Dianggap suatu saiz puting beliung yang pelik jauh daripada jangkaan pakar.[4]
Peristiwa puting beliung di Malaysia[sunting | sunting sumber]
Terdapat beberapa kejadian puting beliung di Malaysia walaupun negara tersebut jarang-jarang menerima fenomena alam ini. Berikut ialah senarai peristiwa puting beliung yang utama terjadi di Malaysia:
·         Puting beliung Kota Damansara (13 Jun 2010) - suatu ribut puting beliung yang amat dasyhat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10. Kawasan yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai. Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut.[5] Selain itu dianggarkan juga sebanyak 120 pokok besar tumbang, kira-kira 30 buah motosikal di tempat letak kenderaan terbalik, gerai-gerai roboh dan hampir 29 buah kereta rosak dihempap pokok dan lori turut terbalik.[6]
·         Puting beliung Perlis (28 Oktober 2010) - Berlaku di sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi rosak akibat angin puting beliung.[7][8]
·         Puting beliung Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku di kawasan Gurney, Pulau PinangMalaysia. Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang.[9]
·         Puting beliung di Pendang, Kedah (14 Oktober 2014) - Berlaku di Kampung Alor Besar mengakibatkan 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah mengalami kerosakan.[10]
·         Puting beliung di Alor Setar, Sungai Baru, Kg Batin, Mergong Jaya pada pukul 4.30 ptg 31 Oktober 2014
·         Puting beliung di Alor Setar iaitu di Kuala Sala, Kampung Sungai Nonang, Kota Sarang Semut, Kuala Kangkong - pusaran angin dengan kelajuan 180km pada 12 November 2014, Jam 3.00 petang, Rabu.[perlu rujukan]
·         Puting Beliung di Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah (7 Mac 2018). Jam 7 petang.
·         Perbezaan antara puting beliung dan taufan[sunting | sunting sumber]
·         Ramai[nyatakan menurut siapa?] yang terkeliru antara puting beliung dan taufan memandangkan kedua-duanya ialah corong angin kencang dan ribut angin kencang. Ribut taufan itu sendiri merupakan satu sistem cuaca manakala puting beliung pula ialah sebahagian daripada sistem ribut petir. Ribut taufan memusnahkan kawasan yang luas dalam satu-satu masa tetapi puting beliung hanya memusnahkan kawasan yang dilalui corong ribut kencang itu sahaja. Tambahan pula, puting beliung hanya bertahan selama beberapa jam tetapi ribut petir boleh bertahan selama berhari-hari, malah boleh jadi lebih daripada seminggu.


1 ulasan:

  1. Sabtu, 29 September 2018
    THE HISTORY OF PUTING BELIUNG IN MALAYSIA.
    [A] SMEALL SOMETHING.
    [B] EATING HACK.
    [C] MY HOME NOT STABLE.
    [D] SOMETHING APPEAR FROM EARTH.
    [E] JAI BIN AGOS OF ELECTRICAL CONSTRUCTOR.

    Dicatat oleh ECOMP TECHNOLOGY SDN BHD

    BalasPadam