Rabu, 5 September 2018

DAJAL - SESEORANG MEMASUKKAN DADAH DALAM BEG MELEPASI KASTAM KLIA


Parlimen Malaysia telah memansuhkan hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi pesalah dadah, dengan menteri undang-undangnya mengatakan kerajaan mahu melihat sama ada langkah itu "akan mampu mengurangkan perang terhadap dadah sama ada di dalam atau di luar negara."

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata, pemansuhan hukuman mati mandatori yang sekaligus melihat pindaan terhadap Rang Undang-Undang [RUU] Dadah Berbahaya itu akan memberi lebih ruang kepada mahkamah untuk menggunakan budi bicara dalam menentukan hukuman lebih sesuai terhadap pesalah dadah.

Pindaan RUU itu, diluluskan sebulat suara di Parlimen akan dibawa ke Dewan Rakyat sebelum mendapat pekenan diraja untuk sokongan. Sebelum ini sesiapa yang didapati bersalah menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, secara langsung akan menerima hukuman tali gantung.

“Pindaan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk membuat perubahan selepas 34 tahun hukuman gantung mandatori terhadap pesalah Seksyen 39B akta berkenaan,” kata Azalina semasa menggulung perbahasannya di Parlimen pada Khamis seperti dilaporkan media tempatan.

Katanya, pindaan itu juga dibuat kerana kerajaan ingin melihat sama ada kuasa budi bicara mahkamah mampu mengurangkan 'perang' dadah sama ada di dalam atau di luar negara.

"Perang dadah semakin bertambah. Dari 1980-an, pesalah dikenakan hukuman mandatori berbanding sebelum itu, hukuman budi bicara hakim.

"Kerajaan melihat kepada proses pindaan pada tahun ini, sama ada budi bicara dengan syarat-syarat diwujud akan membantu dalam kes berat dan memberikan pilihan sama ada dikenakan hukuman penjara atau sebatan," katanya.

Azalina juga memberitahu Parlimen, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan seramai 702,319 individu ditahan kerana mengedar dan memiliki dadah untuk tempoh Januari 2014 hingga Oktober tahun ini.

Katanya, dalam tempoh sama, seramai 21,371 ditangkap di bawah Seksyen 39B, dengan 13,036 kertas siasatan dibuka dan 10,878 kes dituduh di mahkamah.

Beliau turut melahirkan kebimbangan apabila seramai 1,743 tangkapan membabitkan pelajar sekolah dan 1,953 tangkapan ialah penuntut institusi pengajian tinggi.

Pada Ogos lepas Azalina semasa menjawab soalan Anggota Parlimen pembangkang Ramkarpal Singh, beliau berkata bilangan pesalah yang telah menjalani hukuman mati mandatori sejak 1992 berjumlah 651 orang, kebanyakannya pesalah kes dadah, dan  kesemuanya merupakan  rakyat tempatan.

Awal tahun ini, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa Amnesty International meletakkan Malaysia pada kedudukan ke 10 dalam senarai 23 buah negara yang menjalankan hukuman mati sepanjang tahun lalu.

1 ulasan: