[A] SMEALL SOMETHING.
[B] EATING HACK.
[C] MY HOME NOT STABLE.
[D] SOMETHING APPEAR FROM EARTH.
[E] JAI BIN AGOS OF ELECTRICAL CONSTRUCTOR.
Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan
kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing
dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan
puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar
250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum
"lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai
angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan
boleh bergerak melebihi 100 kilometer.[1][2][3]
Puting
beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan
banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya.
Puting beliung
boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan
kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di
dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan
hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut
kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin
kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak
serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang
sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang
tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin
kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong
tersebut dikenali sebagai puting beliung
Puting beliung
dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin
paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.
Amerika Syarikat ialah negara yang paling banyak
mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain
tidak akan mengalami bencana ini. Puting beliung boleh terjadi di mana-mana
tempat di dunia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika
Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali
sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado
Alley).
Puting
beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan
rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya,
penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai
masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan.
2. Puting
beliung St. Louis (27 Mei 1896) - Malapetaka telah meragut sekurang-kurangnya
137 orang. Bandar St. Louis, Amerika Syarikat dilaporkan
terjejas teruk. Kompleks beli-belah, rumah, kedai-kedai kaki lima, hospital,
kereta api dan gereja digambarkan hilang dalam tempoh begitu singkat.
3. Puting
beliung Tri-State (18 Mac 1925) - Sekitar tempoh tiga jam lebih, puting beliung
ini telah mengorbankan 700 nyawa dan menghancurkan lebih daripada 15,000
kediaman di wilayah Illinois, Indiana dan Missouri,
Amerika Syarikat.
4. Puting
beliung The Tupelo (5 April 1936) - Ia berlaku dekat Coffeeville, daerah Yalobusha, Amerika Syarikat. Dalam kes
ini, sebuah kompleks membeli belah terpaksa dijadikan hospital sementara dan
pusat transit perlindungan. Sebanyak 233 nyawa melayang, 150 kabin sementara
dibina supaya dijadikan rumah perlindungan tambahan sementara.
5. Puting
beliung The Gainesville (6 April 1936) - Puting beliung ini melalui bandar Gainesville, Georgia. Sebanyak 750 buah rumah hancur
dan ranap. Seramai 203 orang terbunuh, 40 orang dilaporkan hilang. Kematian
terbesar dalam peristiwa puting beliung ini melibatkan kematian terbesar yang
hanya berlaku di sebuah gedung membeli-belah terkemuka di sana.
6. Puting
beliung Joplin (21 Mei 2011) - Berlaku di bandar Joplin, Missouri,
Amerika Syarikat. Disifatkan bencana puting beliung paling teruk yang pernah
melanda AS dalam tempoh setengah abad. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Saiz
puting beliung dianggarkan 10 km panjang ke atas dan 1.2 meter lebar diameter
radius. Dianggap suatu saiz puting beliung yang pelik jauh daripada jangkaan
pakar.[4]
Terdapat beberapa kejadian puting
beliung di Malaysia walaupun negara tersebut jarang-jarang menerima
fenomena alam ini. Berikut ialah senarai peristiwa puting beliung yang utama
terjadi di Malaysia:
·
Puting beliung Kota Damansara (13 Jun 2010) - suatu ribut
puting beliung yang amat dasyhat telah melanda Kota Damansara.
Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10. Kawasan
yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota
Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan
berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung
merosakkan semua kanopi gerai. Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di
lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut.[5] Selain
itu dianggarkan juga sebanyak 120 pokok besar tumbang, kira-kira 30 buah
motosikal di tempat letak kenderaan terbalik, gerai-gerai roboh dan hampir 29
buah kereta rosak dihempap pokok dan lori turut terbalik.[6]
·
Puting beliung Perlis (28 Oktober 2010) - Berlaku di
sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel
membaiki kenderaan di sekitar Jejawi rosak akibat angin puting beliung.[7][8]
·
Puting beliung Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku
di kawasan Gurney, Pulau Pinang, Malaysia.
Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang.[9]
·
Puting beliung di Pendang, Kedah (14 Oktober 2014) -
Berlaku di Kampung Alor Besar mengakibatkan 10 buah rumah dan sebuah sekolah
rendah mengalami kerosakan.[10]
·
Puting beliung di Alor Setar, Sungai Baru, Kg Batin,
Mergong Jaya pada pukul 4.30 ptg 31 Oktober 2014
·
Puting beliung di Alor Setar iaitu di Kuala Sala, Kampung
Sungai Nonang, Kota Sarang Semut, Kuala Kangkong - pusaran angin dengan
kelajuan 180km pada 12 November 2014, Jam 3.00 petang, Rabu.[perlu rujukan]
·
Puting Beliung di Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah
(7 Mac 2018). Jam 7 petang.
·
Ramai[nyatakan menurut siapa?] yang
terkeliru antara puting beliung dan taufan memandangkan
kedua-duanya ialah corong angin kencang dan ribut angin kencang. Ribut taufan
itu sendiri merupakan satu sistem cuaca manakala puting beliung pula ialah
sebahagian daripada sistem ribut petir.
Ribut taufan memusnahkan kawasan yang luas dalam satu-satu masa tetapi puting
beliung hanya memusnahkan kawasan yang dilalui corong ribut kencang itu sahaja.
Tambahan pula, puting beliung hanya bertahan selama beberapa jam tetapi ribut
petir boleh bertahan selama berhari-hari, malah boleh jadi lebih daripada
seminggu.