DIPLOMA PERHUTANAN
Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan, pengurusan hidupan liar, pengurusan industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi. Diploma Perhutanan adalah program dua (2) tahun dengan jumlah 92 jam kredit. Matlamat program (PEO) ini adalah untuk menghasilkan graduan:
- Separa mahir yang berdaya saing dalam memenuhi pasaran gunatenaga industri perhutanan negara;
- Berketrampilan dalam mengendalikan bidang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor perhutanan ke arah meningkatkan kelestarian industri perhutanan negara;
- Mampu meneroka pekerjaan dalam bidang berasaskan perhutanan dengan beretika; dan
- Yang mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor.
PROSPEK KERJAYA
Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Perhutanan termasuklah Jabatan Perhutanan, Institut Penyelidikan MTIB, FELDA, Kompleks Perkayuan, Badan-badan Berkanun di samping agensi swasta yang berkaitan dan juga agensi-agensi pelancongan seperti TDC dan seumpamanya.
SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERHUTANAN
Memenuhi Syarat Am Universiti serta SYARAT KHAS PROGRAM
Mendapat sekurangkurangnya kepujian (Gred C atau 6C) dalam mata pelajaran Mathematics, Biology atau Science dan kepujian (Gred C atau 6C) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:
- Physics
- Chemistry
- Sains Pertanian
- Additional Science
- Additional Mathematics
- Sejarah/Geografi
- Subjek Sains & Teknikal berkaitan*
(Ekonomi Asas; Information and Communication Technology; Pengajian Kejuruteraan Mekanikal; Pengajian Kejuruteraan Awam; Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; Teknologi Kejuruteraan; Lukisan Kejuruteraan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Pengajian Keusahawanan; Tanaman Makanan; Landskap dan Nurseri; Akuakultur dan Haiwan Rekreasi), dan
Mendapat sekurangkurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
KELAYAKAN PEMOHON KATEGORI C
Mempunyai kelayakan lain yang setaraf atau lebih tinggi daripada perkara 1 Syarat Am Univertsiti dan diiktiraf oleh Senat UPM.
atau;
Sijil Renjer Hutan dengan mendapat sekurangkurangnya purata timbunan 3.00 dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan satu (1) mata pelajaran Sains pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya.
Terbaik 3 Sarjana Muda dalam Sains Perhutanan 2018
Ijazah Sarjana Muda biasanya diikuti selepas menamatkan sekolah menengah atau melengkapkan GED. Pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang dan, dalam masa tiga hingga lima tahun, mendapat ijazah yang boleh membawa kepada kerjaya yang memuaskan.
Apakah Sarjana Muda Sains Hutan? Program ini direka untuk mereka yang mahukan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pemuliharaan hutan dan tumbuhan. Walaupun setiap program bervariasi dalam kurikulum khususnya, pelajar biasanya belajar tentang kehidupan haiwan dan tumbuhan, pengurusan hutan dan perancangan, pemuliharaan, dan ekologi. Kerja kursus umum mungkin termasuk zoologi, geologi, sains tanah, entomologi, dan ekosistem. Bersama kuliah dan perbincangan kelas, para pelajar sering mendapat pengalaman melalui kerja makmal, perjalanan lapangan, dan latihan.