UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011
Di bawah UUK 3 (2) - suatu permohonan bagi suatu lesen:
(c) dalam hal anjing terkawal, hendakah dibuat selepas -
(c) dalam hal anjing terkawal, hendakah dibuat selepas -
- pemohon telah mengikuti dan lulus kursus pengendalian anjing dan
- anjing itu telah mengikuti dan lulus kursus "Canine Good Citizen" yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang ddiluluskan oleh Datuk Bandar
Di bawah UUK 8C, seseorang yang diberikan lesen untuk mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara anjing terkawal hendaklah :
- Memelihara anjing itu di bawah pengawasan yang sepatutnya pada setiap masa.
- Memastikan bahawa anjing itu diikat dan ditutup mulutnya dan berada di bawah kawalan yang sepatutnya pada setiap masa bila mana ia dbawa keluar dari premis.
- Memastikan bahawa anjing itu tidak berkeliaran keluar dari tempat ia dipelihara.
- Memastikan bahawa premisnya dipagar dengan selamat dan pagar itu disenggarakan dengan sepatutnya pada setiap masa.
- Mempamerkan pada setiap masa tanda ” AWAS ANJING ” di suatu tempat yang ketara dan mudah dilihat di bahagian hadapan dan belakang premisnya.
Dibawah UUK 2 ( c ) – anjing terkawal ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL IV
- Rottweiller
- Doberman
- German Shepard / Alsatian termasuk Belgian Shepard dan East European Shepard
- Bull Mastiff
- Bull Terrier
- Perro de Presa Canario ( juga dikenali sebagai Canary Dog )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan