Faktor penyumbang kepada pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan adalah kemudahan rangkaian lebuh raya yang baik bagi menghubungkan bandar-bandar utama di barat Semenanjung Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah pusat pelaburan dan pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Dalam hasil kajian yang dijalankan pada tahun 1970an mendapati keseluruhan objektif tersebut boleh dicapai dengan adanya rangkaian lebuh raya yang lebih cepat dan selamat. Pada tahun 1977, Jabatan Kerja Raya telah menerima arahan rasmi untuk melukis pelan lebuh raya dari sempadan Malaysia-Thai (Bukit Kayu Hitam) ke Tambak Johor. Pada tahun 1980, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah ditubuhkan untuk memantau proses kerja bagi lebuh raya kebangsaan pertama.
Pada masa itu, semua kerja pembinaan antara 1981 hingga 1988 diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum diserahkan kepada Plus Expressway Berhad pada tahun 1988. Pembangunan rangkaian lebuh raya pertama kebangsaan itu dijalankan secara berperingkat bermula dari tahun 1981 hingga 1995. Lembaga Lebuhraya Malaysiaditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awal sebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulai tahun 1988. Lebuhraya Utara-Selatan beroperasi secara berperingkat-peringkat:
- Lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban - Peringkat pertama
- Lebuh raya Ipoh - Changkat Jering - sepanjang 60 km menelan belanja RM165 juta. Panjang keseluruhan di Perak sahaja 220 km. Jambatan menyeberangi Sungai Perak sepanjang 366 meter. Sebuah terowong sepanjang 622 meter menerusi Banjaran Keledang dan terowong ini dinamakan sebagai Terowong Menora.
- Lebuh raya Ipoh - Bidor - sepanjang 48 km menelan belanja RM135 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan