Sabtu, 7 Januari 2017

IT-BASE DENGKIL SDN BHD

Putrajaya: Seorang guru Matematik yang mendakwa mati pucuk, masih perlu berdepan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan rotan selepas kalah dalam rayuan mengetepikan sabitan kerana kesalahan merogol seorang pelajar sekolah rendah.
Mohd Faddil Abdul Rahman, 42, disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Seremban tahun lalu, bagi dua pertuduhan merogol pelajar perempuan, ketika itu berumur 12 tahun, yang ke rumahnya pada September 2013 untuk belajar.
Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan rotan bagi setiap kesalahan. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.
Dia pada mulanya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen pada 20 Jan 2014 berdasarkan keterangan pakar perubatan yang disokong isterinya bahawa dia mati pucuk ketika kesalahan itu didakwa dilakukan namun Mahkamah Tinggi meminda keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Mohd Faddil kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Presidennya Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Mohd Faddil dan mengekalkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail memberitahu mahkamah Mohd Faddil berjumpa pakar andrologi untuk pemeriksaan, lapan bulan selepas kejadian rogol itu dan dia didapati mengalami mati pucuk.
Beliau berkata, dapatan pakar perubatan itu tidak kukuh disebabkan jawapan yang diberi pakar andrologi itu di tempat duduk saksi adalah "barangkali" yang menunjukkan beliau tidak pasti bilakah Mohd Faddil mengalami mati pucuk.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan dan pelajar itu turut disuruh melakukan seks oral.
Mangsa memberi keterangan mengenai serangan itu dengan begitu terperinci, termasuk gambaran tentang alat sulit penyerangnya.

1 ulasan:

  1. Sabtu, 7 Januari 2017

    Dicatat oleh ECOMP TECHNOLOGY di 7:01 PTG

    BalasPadam