Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya
dikenali sebagai ISA,
iaitu akronim nama bahasa
Inggerisnya, Internal
Security Act)
merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa
di Malaysia,
melibatkan beribu-ribu orang[perlu
rujukan] termasuk
ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis
politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan
kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad.[perlu
rujukan] Namun
pada 15
September 2011, Perdana
Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Tun Razak telah
mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan
undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak
asasi manusia dan
lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.[1]
ISA
digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan
dan mempertahankan hak
asasi manusia.
Dikenali sebagai "keganasan
putih"
(white
terror),
ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk
negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini
merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa
untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. [perlu
rujukan]
Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya
dirangka oleh R.H.
Hickling[2] pada
awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa
akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi
sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan
peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menahan sesiapa pun
tanpa merujuk kepada mahkamah. Sebaliknya tahanan mempunyai hak
representasi di hadapan Lembaga Penasihat yang diwujudkan di bawah
Perlembagaan Persekutuan[3]
Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: "Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya."
Sek 8. Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang "(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, Menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun"
Penahanan[sunting | sunting sumber]
Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.60 hari pertama[sunting | sunting sumber]
Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.Penyeksaan[sunting | sunting sumber]
Kononnya
penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian
tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka
telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu
daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24
jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada
ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga,
tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa
cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia.
Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan
tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan
mereka. [perlu
rujukan]
Pembebasan[sunting | sunting sumber]
Kendatipun
kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah
kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat
"pengakuan" umum di televisyen dan radio.[4]
Kritikan[sunting | sunting sumber]
Tulisan
graffiti di dinding bangunan di Kuala Lumpur yang membawa saranan
penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Beberapa
pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik
Akta ini dan menggesa pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama
kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta
sungguhpun mereka memiliki akta yang serupa seperti Akta USA PATRIOT.Dalam negara[sunting | sunting sumber]
Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS],Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."
Luar negara[sunting | sunting sumber]
Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.|
Punca ?
Kesalahan
|
Bilangan
|
Catatan
|
|
Jemaah
Islamiah |
18 orang |
Mereka
dikaitkan dengan Al
Qaeda |
|
Daulah
Islamiyah / Darul Islam Sabah |
17 orang |
beroperasi
di Tawau, Sabah keturunan Filipina |
|
Pemalsuan wang
syiling RM1 |
17 orang |
Wang
syiling dihapuskan. |
|
Pemalsuan
dokumen pengenalan |
29 orang |
|
|
Pemalsuan pasport rakyat China |
||
|
Penyeludupan pendatang
asing tanpa izin (PATI) |
||
|
Gerakan
Militan Selatan Thailand, Pejuang Pemisah Selatan Thailand |
7 orang |
|
|
Agen
perisik asing |
7 orang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan