Rabu, 21 Disember 2016

SEJARAH HAJARUL ASWAD

Sejarah Hajarul Aswad[sunting | sunting sumber]

Menurut kefahaman Islam, Hajarul Aswad datang daripada syurga dan warnanya putih asalnya , tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan
Menurut Ibn Ishaq dalam bukunya Sirah Rasul Allah SAW, diceritakan kisah pembinaan semula Ka'abah oleh kabilah - kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda keatas Ka'abah yang telah memusnahkan sebahagian struktur nya. Ketika itu, Hajarul Aswad telah dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Ka'abah. Setelah pembinaan semula siap, kabilah - kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ketempat asalnya didalam Ka'abah.

Kemudian nya, mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Ka'abah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka. Dengan kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad bin Abdullah. Usia beliau ketika itu baru mencecah 35 tahun, iaitu 5 tahun sebelum beliau menerima wahyu keRasulan. Dengan kebijaksanaan baginda , baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad ditengah - tengah kain tersebut. Setiap ketua daripada setiap kabilah Mekah itu diminta untuk bersama memegang tepian kain tersebut lalu mengangkatnya.
Akhirnya Muhammad SAW sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ketempat yang sepatutnya sedia ada, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil. Begitulah asalnya bagaimana Muhammad bin Abdullah mendapat gelaran "Al-Amin" atau "Orang Yang Dipercayai" dikalangan masyarakat Arab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan