GAS PEMEDIH MATA
Gas pemedih mata, atau nama rasminya agen lakrimator atau lakrimator (daripada lacrima yang bermaksud "setitis air mata" dalam bahasa Latin), merupakan sejenis sebatian kimia bukan pembawa maut yang merangsang saraf kornea dalam mata sehingga menyebabkan air mata, kepedihan, ataupun kebutaan. Antara lakrimator yang terkenal ialah OC, CS, CR, CN, nonivamida, bromoaseton, fenasil bromida, xilil bromida dan syn-propanethial-S-oxide (daripada bawang). Lakrimator biasanya berkongsi unsur struktur Z=C-C-X, yang mana Z menandakan karbon atau oksigen, dan X menandakan bromida atau klorida.Gas pemedih mata berfungsi dengan mengganggu membran mukus dalam mata, hidung, mulut dan paru-paru, sehingga menyebabkan penerimanya menangis, bersin, batuk, sesak nafas, pedih mata, buta sementara, dan sebagainya. Lakrimator difikirkan bertindakdengan menyerang kumpulan berfungsi sulfidril dalam enzim. Salah satu sasaran protein yang paling berkemungkinan ialah saluran ion TRPA1 yang disampaikan dalam saraf deria (saraf trigeminal) mata, hidung dan mulut. Mula-mula digunakan pada tahun 1915, xilil bromida merupakan agen pemedih mata yang laris kerana mudah dibuat.
Agen
lakrimator biasanya digunakan sebagai alat kawalan
rusuhan dan perang
kimia.
Pada Perang Dunia Pertama, lebih banyak agen lakrimator toksik yang
digunakan. Sesetengah agen lakrimator sering digunakan
oleh polis untuk
membantu mengawal orang yang disasar mereka, terutamanya gas pemedih
mata. Di sesetengah negara (e.g. Finland, Australia, dan Amerika
Syarikat), dikeluarkannya bahan cokmar yang
digunakan sebagai pencegah serangan peribadi.
Disebabkan
gas pemedih mata sebenarnya bukan gas, tetapi
sejenis serbuk asid yang
amat halus, keberkesanannya mudah diatasi oleh sebarang
ubat anti-asid yang
mudah didapati di kedai ubat atau farmasi tanpa
preskripsi, seperti Maalox atau Alka-Seltzer.[1][2]
GAS PEMEDIH MATA
BalasPadamGas pemedih mata, atau nama rasminya agen lakrimator atau lakrimator (daripada lacrima yang bermaksud "setitis air mata" dalam bahasa Latin), merupakan sejenis sebatian kimia bukan pembawa maut yang merangsang saraf kornea dalam mata sehingga menyebabkan air mata, kepedihan, ataupun kebutaan. Antara lakrimator yang terkenal ialah OC, CS, CR, CN, nonivamida, bromoaseton, fenasil bromida, xilil bromida dan syn-propanethial-S-oxide (daripada bawang). Lakrimator biasanya berkongsi unsur struktur Z=C-C-X, yang mana Z menandakan karbon atau oksigen, dan X menandakan bromida atau klorida.
Gas pemedih mata berfungsi dengan mengganggu membran mukus dalam mata, hidung, mulut dan paru-paru, sehingga menyebabkan penerimanya menangis, bersin, batuk, sesak nafas, pedih mata, buta sementara, dan sebagainya. Lakrimator difikirkan bertindakdengan menyerang kumpulan berfungsi sulfidril dalam enzim. Salah satu sasaran protein yang paling berkemungkinan ialah saluran ion TRPA1 yang disampaikan dalam saraf deria (saraf trigeminal) mata, hidung dan mulut. Mula-mula digunakan pada tahun 1915, xilil bromida merupakan agen pemedih mata yang laris kerana mudah dibuat.
Agen lakrimator biasanya digunakan sebagai alat kawalan rusuhan dan perang kimia. Pada Perang Dunia Pertama, lebih banyak agen lakrimator toksik yang digunakan. Sesetengah agen lakrimator sering digunakan oleh polis untuk membantu mengawal orang yang disasar mereka, terutamanya gas pemedih mata. Di sesetengah negara (e.g. Finland, Australia, dan Amerika Syarikat), dikeluarkannya bahan cokmar yang digunakan sebagai pencegah serangan peribadi.