Khamis, 24 Mac 2016

UMNO KLANG SOKONG NAJIB DAN ROMBAKAN KABINET

Umno Klang Sokong Najib Dan Rombakan Kabinet
Posted on August 16, 2015 by Editorial|

UMNO Klang
Klang – UMNO Bahagian Klang hari ini mengemukakan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak demi mengukuhkan parti Melayu itu.

Dalam mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Klang di Hotel Goldcourse, Klang hari ini, usul berkenaan turut menyatakan sokongan kepada rombakan Kabinet yang dilaksanakan Najib bulan lalu yang menyaksikan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Usul berkenaan turut menyatakan, sebagai ‘Abang’ dalam Barisan Nasional (BN), parti komponen akan mengikuti ‘nasihat’ mereka jika UMNO menjadi parti yang kuat.

Maka dengan ini, UMNO Bahagian Klang yang bersidang hari ini membuat ketetapan, kami memberi sokongan padu di atas kepimpinan perdana menteri, merangkap presiden parti dengan tidak berbelah bahagi.

Memahami parti UMNO adalah tunjang kepada BN, semua parti komponen melihat Umno sebagai abang, mereka akan ikut apa yang akan dinasihatkan Umno.

Jika UMNO kuat dan kukuh, sudah tentu mereka akan menghormati Umno,” kata usul tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Klang hari ini.

Usul berkenaan turut berkata, Najib selaku presiden mengharapkan sokongan padu daripada ahli parti dan barisan Jemaah Menteri dan sanggup mempertahankan keputusan yang dibuat.

Bukan menyoalkan di belakang,” kata usul itu.

Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan daripada Kabinet baharu Najib kerana lantang mengkritik cara beliau mengendalikan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma bernilai RM2.6 juta yang diterima Najib melalui akaun peribadinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan