FAIRUS
MOHD
22
MAC 2016
Seramai
54,406 orang lepaskan kerakyatan
0
PEPATAH lama
ada menyebut ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri’.
Kata
orang tua lebih baik di negeri sendiri dengan membawa maksud walau
bagaimana indah dan kayanya negara lain, adalah lebih baik kita
bersusah senang di tanah tumpah sendiri.
Masa
beredar, pelbagai perubahan dirasai apatah lagi begitu banyak krisis
dan cabaran berlaku mengubah perspektif manusia di zaman serba moden
ini untuk memenuhi keperluan hidup yang lebih selesa dan selari
dengan cita rasa mereka.
Perubahan
yang diperkatakan dapat dilihat melalui penghijrahan rakyat negara
ini apabila mereka memilih meneruskan kehidupan di negara-negara
pilihan seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan Kanada.
Wartawan
Sinar Harian mendapatkan statistik penghijrahan rakyat dalam tempoh
lima tahun, pandangan rakyat yang bermastautin di negeri orang serta
pandangan pakar ekonomi dan sejarah mengenai punca sebenar mereka
sanggup melepaskan kerakyatan.
SHAH
ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan melalui
menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan seramai
54,406 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan sebagai warganegara
sejak 2010 sehingga sekarang.
Dedah
beliau, alasan yang diberi rakyat Malaysia yang berbuat demikian
adalah kerana memperoleh kewarganegaraan negara lain.
”Berdasarkan
bahagian tiga Perlembagaan Persekutuan, terdapat dua cara penamatan
kewarganegaraan Malaysia, sama ada melalui tindakan pelucutan atau
pelepasan.
“Untuk
rekod rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semenjak 2010
hingga 31 Januari 2016 menunjukkan seramai 54,406 orang warganegara
Malaysia membuat pelepasan kewarganegaraan, ” katanya.
Ujarnya
lagi, mereka memberi alasan pelepasan kerana mereka memilih untuk
tidak meneruskan menjadi warganegara Malaysia dan memperoleh
kewarganegaraan negara lain.
Melalui
kenyataan sama, 2011 mencatatkan jumlah paling ramai rakyat negara
ini memilih melepaskan kerakyatan iaitu seramai 11,080 orang.
“Pada
tahun ini sahaja seramai 1,102 rakyat Malaysia telah memilih untuk
keluar daripada kewarganegaraan mereka, dengan jumlah sehingga 367
orang sebulan," katanya.
Menurut
statistik KDN, 8,076 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan
mereka tahun lepas.
Pada
2014, seramai 7,843 rakyat Malaysia mengucapkan selamat tinggal
kepada negara ini, 6,678 pada tahun 2013; 8,983 pada tahun 2012;
11,080 pada 2011 dan 10,644 pada 2010.
Terdapat
kira-kira satu juta orang yang lahir di Malaysia tetapi menetap di
luar negara sebagai ekspatriat, penduduk tetap atau sebagai rakyat di
negara-negara baharu mereka.
Sementara
itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
Datuk Sharil Ridza Ridzuan berkata, ada peningkatan pengeluaran KWSP
yang dikesan akibat pelepasan kewarganegaraan mengikut perangkaan
KWSP berdasarkan jumlah mereka yang mengeluarkan semua simpanan
utama.
Rakyat
Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka meningkat 23 peratus
kepada 2,206 orang pada tahun lalu berbanding 1,787 orang pada tahun
2014 melibatkan RM99 juta.
“Pada
tahun lepas (2015), seramai 2,206 rakyat Malaysia mengeluarkan
simpanan KWSP apabila mereka melepaskan kewarganegaraan dan
meninggalkan negara ini, menyebabkan aliran wang keluar RM154.6 juta.
“Kita
akui terdapat sedikit peningkatan, tetapi tiada yang drastik (dari
segi pengeluaran),” katanya.
Fenomena
Brain Drain, berjayakah TalentCorp?
Secara
tidak langsung, tindakan menukar kerakyatan oleh mereka yang
kebanyakannya merupakan golongan cerdik pandai dan berkemahiran
tinggi menyumbang fenomena Brain Drain di Malaysia yang tidak
berkesudahan.
Penubuhan
Talent Corporation (TalentCorp) pada Januari 2011 adalah untuk
menarik balik kalangan tenaga mahir yang berhijrah ke luar negara
dengan harapan mereka dapat mencurah khidmat dan kepakaran
masing-masing di Malaysia.
Ia
merupakan susulan daripada Program Pakar (Returning Expert
Program-REP) yang ditubuhkan bagi tujuan sama sebelum bidang kuasanya
dipindahkan kepada TalentCorp.
Namun
kemampuannya dipersoalkan apabila jumlah mereka yang pulang berbakti
kepada Malaysia, masih kecil dan tanda tanya mengenai punca sebenar
masalah Brain Drain di Malaysia masih tidak jelas.
Melalui
laporan berkaitan yang disiarkan di Astro Awani, Talent Corp melalui
Pengarah Urusannya, Johan Mahmodd Merican mengakui warga
Malaysia di luar negara tidak yakin untuk pulang menyumbang kepakaran
mereka di tanah air.
Menurutnya,
usaha kerajaan menawarkan pelbagai insentif dalam Program Membawa
Balik Pakar (REP) masih tidak memadai untuk memujuk mereka kembali
dan terkini, TalentCorp kembali dengan usaha memadankan pekerjaan
sesuai kepada calon REP.
“Keadaan
politik dan ekonomi negara kini menjadi antara penghalang utama bagi
golongan profesional lebih terbuka untuk berkhidmat dalam negara.
Program REP gagal menarik minat mereka dalam empat tahun ini.
“Berdasarkan
tinjauan dan analisis, golongan ini menyahut kepada peluang pekerjaan
yang sesuai. Bank Dunia turut berpendapat program REP adalah efektif
dalam mencari kepakaran yang diperlukan oleh Malaysia dan kini perlu
dipadankan dengan pekerjaan sesuai kepada mereka yang berada di luar
negara,” katanya.
Sehubungan
itu, Talent Corp terus bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta
untuk menawarkan pakej pekerjaan menarik bagi golongan profesional di
luar negara dan segala keputusan terletak di tangan mereka.
Kupasan
isu ini mencari apakah alasan dan faktor yang menyebabkan rakyat
Malaysia meninggalkan negara ini dan adakah mereka mendapat kehidupan
yang lebih baik seperti yang diinginkan mere