Ahad, 10 Februari 2019

POKOK YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA MASUK KE MALAYSIA MASA KINI

PUTRAJAYA - Pokok kurma tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini kerana ia dikenal pasti sebagai perumah utama perosak tanaman iaitu kumbang merah palma (RPW), kata Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek.  

Katanya, kemasukan RPW ke negara ini didapati berlaku melalui kemasukan secara tidak sah pokok kurma yang dicemari perosak tersebut.

Beliau berkata, jabatan itu mengesan pokok-pokok kurma ditanam di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebagai tanaman hiasan di kawasan hotel, pejabat dan halaman rumah.    

"Kita tidak pernah mengeluarkan mana-mana permit kemasukan pokok kurma atau pengimportan apa-apa tanaman palma," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.    

Katanya usaha kini sedang dilakukan termasuk bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia untuk menghalang sebarang kemasukan baru pokok kurma ke negara ini.   

"Kita juga akan memusnahkan pokok-pokok yang dikesan memasuki negara secara tidak sah dan kami turut memohon orang awam yang mengetahui penanaman pokok kurma untuk bekerjasama melaporkannya kepada kami," kata Ahmad Zakaria.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan