Isnin, 8 Januari 2018

PILIHANRAYA KE - 14

KUALA LUMPUR: Pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang hanya akan memudahkan Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga berterima kasih kepada pakatan pembangkang kerana membuat keputusan itu yang disifatkan sebagai 'tragedi' kepada perjuangan pembangkang selama ini.
"Pengumuman Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka adalah berita baik untuk BN. Pakatan pembangkang selama bertahun-tahun memperkatakan mengenai reformasi dan peluang kepada golongan muda lebih kepada retorik semata-mata," katanya menerusi Twitter.
Pakatan pembangkang semalam mengumumkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-4)
Abdul Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, pengumuman itu hanya merugikan pakatan pembangkang.
"Pokoknya, Dr Mahathir tidak sinonim dengan inisiatif pembaharuan (reformasi) yang diumumkan pakatan pembangkang," katanya turut menyifatkan pengumuman itu sebagai langkah strategik yang teruk.
Abdul Rahman berkata, ia perkara melucukan untuk melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan mengharapkan beliau akan melaksanakan pembaharuan dimahukan pakatan pembangkang.
"Akhirnya, pakatan pembangkang memilih seseorang yang mereka panggil sebagai orang paling korup di Malaysia sebagai Perdana Menteri. Sungguh memalukan," katanya.

1 ulasan:

  1. PILIHANRAYA KE - 14

    BalasPadam