PUTRAJAYA - Sebanyak 23 kesalahan jalan raya akan dikuatkuasakan sepenuhnya di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron berkata, kesalahan tersebut termasuk memandu laju, kenderaan melebihi muatan, melanggar lampu isyarat, memandu ketika mabuk, tidak memakai topi keledar serta gagal mematuhi peraturan anggota polis.
"Buat permulaan, hanya kesalahan yang melibatkan had laju dan pelanggaran lampu isyarat sahaja telah dikuatkuasakan bermula 15 April lalu manakala 21 lagi kesalahan lain akan dikuatkuasakan sepenuhnya secara berperingkat akhir tahun ini.
"Melalui sistem ini, pesalah akan diberi amaran berdasarkan mata merit, sekiranya mereka masih melanggar peraturan lalu lintas maka lesen mereka akan digantung seterusnya dibatalkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Penguatkuasaan itu merupakan langkah-langkah baharu yang dikuatkuasakan dalam AWAS yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara). - K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan