FAQ - Saman Trafik
Soal Jawab mengenai saman ini bagi menjawab kebanyakan isu yang telah diutarakan melalui ruangan perbincangan Facebook PDRM.
1. Apakah jenis saman yang dikeluarkan oleh Trafik?
Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM
1. 1 Notis Saman POL. 170A
Saman yang diisu samada secara postal atau diletak pada kenderaan
(tidak diisu secara langsung kepada pesalah)
Apa Itu POL.170A?
Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan
oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan
oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan
menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju
dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.
Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti
berikut:-
1.1.1 Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas.
Seksyen 79 (2) APJ 1987
1.1.2 Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya.
Seksyen 16(1) LN166/59
1.1.3 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak
selari dengan jalan. Seksyen 16(2) LN 166/59
1.1.4 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke
kiri/bahu jalan. Seksyen 16(2) LN166/59
1.1.5 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan
dengan aliran trafik di jalan sehala. Seksyen 16(3) LN 166/59
1.1.6 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang
atau selekoh jalan. Seksyen 12 (2) LN 166/59
1.1.7 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili
bomba. Seksyen 12(2) LN166/59
1.1.8 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili
bomba. Seksyen 12(3) LN166/59
1.1.9 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan,
satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus.
Seksyen 17B(3) LN 166/59
1.1.10 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan
bersambung/dua garisan, satu bersambung dan
satu putus-putus. Seksyen 17B(3) LN 166/59
1.1.11 Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut
undang-undang/tidak mudah dicam / tidak disuarkan mengikut
peruntukkan undang-undang. Seksyen 14(4) APJ 1987
1.1.12 Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan.
Seksyen 20(1) APJ 1987 pendua POl.170A yang telah ditulis itu
dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan
atau di tempat duduk bagi motosikal.
1.2 Saman POL. 257
Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila
kesalahan dikesan.
Apakah Itu Saman POL. 257
POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-
1.2.1 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna
jalanraya yang ada bersama- sama pada masa kesalahan itu
dilakukan.
1.2.2 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai
satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
1.2.3 Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan
selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari
pengeluaran Notis POL.170A/170/171
2. Apakah dia kadar munasabah?
Bagi semua jenis saman tertunggak iaitu Pol. 257 dan Pol.170A dan saman-
saman yang dikeluarkan sebelum 1 Disember 2010, kadar munasabah akan
diberikan secara automasi melalui sistem komputer PDRM. Kadar munasabah
yang dimaksudkan adalah merujuk kepada harga yang mampu di bayar oleh
semua lapisan masyarakat.
3. Apakah jenis kesalahan / saman yang tidak tertakluk kepada
kadar insentif baru saman trafik?
3.1 Saman yang dikeluarkan semasa Ops Sikap
3.2 Kesalahan melanggar lampu isyarat
3.3 Kesalahan perangkap laju melebihi 140 km/j
3.4 Saman yang dikeluarkan akibat kemalangan dan
3.5 Kesalahan yang telah dikeluarkan Waran tangkap
4. Bagaimana anda boleh menyemak saman trafik?
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi
menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.
4.1 Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS
SAMAN NO KAD PENGENALAN> atau NO KENDERAAN> dan
hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
4.2 Melalui Internet
Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-
> MyEG Services - www.myeg.com.my
> RILEK e-Services - www.rilek.com.my
* Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak
pembekal perkhidmatan.
4.3 Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System)
yang ada di :-
> Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
> Kaunter JPJ yang terpilih
> Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.
4.4. Melalui Sistem Semakan Online(SSO) (boleh dicapai di www.rmp.gov.my)
Semakan boleh dibuat dengan memasukan No Kad pengenalan atau No kenderaan anda dalam ruangan semakan yang dipaparkan.
5. Bagaimana dan di mana boleh membuat bayaran?
Bayaran Saman Trafik PDRM boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut :-
5.1 Melalui Internet
Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut :-
dengan menggunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit
* Semua bayaran saman akan dikenakan Caj sebanyak RM 2.00 bagi
setiap satu transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.
5.2 Melalui Kaunter
( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit )
5.2.1 Kaunter Trafik COPS
Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System)
yang ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah.
5.2.2 Kaunter JPJ yang terpilih
- JPJ Johor Bharu
- JPJ Kuantan
- JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
- JPJ Ipoh
- JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- JPJ Padang Jawa, Selangor
- JPJ Kuala Terengganu
5.2.3 Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah
- TERMINAL ONE Seremban
- PERANGIN MALL Pulau Pinang
- QUEENSBAY MALL Pulau Pinang
- JAYA JUSCO Ipoh
- THE CURVE Petaling Jaya
- IOI MALL Puchong
Waktu operasi : 10.00 pagi - 8.00 malam
5.2.4 Semua kaunter Pejabat Pos
6. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan saman yang
dikeluarkan, apa tindakan yang boleh anda lakukan?
Jika anda tidak berpuas hati atau merasakan anda tidak melakukan kesalahan
seperti mana yang dinyatakan, anda boleh membuat laporan polis di balai polis
berhampiran untuk tindakan pihak polis atau boleh membuktikan anda tidak
bersalah semasa perbicaraan di Mahkamah.
7. Sekiranya saman dikeluarkan terhadap kereta anda, akan tetapi
anda tidak pernah sampai ke tempat tersebut, mengapa ia
berlaku dan apa boleh anda lakukan?
Pada kebiasaannya perkara ini berlaku akibat daripada beberapa faktor
termasuk kes kereta curi (plet pendaftaran palsu), integriti pemandu ataupun
kesilapan manusia.
Sekiranya anda mendapati saman tersebut tidak sahih kerana anda tidak
berada di tempat berkenaan, tindakan yang perlu diambil adalah pergi ke
Balai Polis Trafik yang berhampiran dan membawa segala dokumen
kenderaan serta bukti yang menunjukkan anda tidak ada di tempat
kejadian berlaku kesalahan atau anda dapat membuktikan anda tidak
bersalah semasa perbicaraan di Mahkamah. Jika terbukti kenderaan
tersebut menggunakan nombor pendaftaraan palsu laporan polis perlu
di buat di Balai Polis yang berhampiran.
8. Sekiranya anda mendapati pihak polis bertindak tidak berintegriti
semasa anda ditahan dan diserahkan saman, apa perlu anda
lakukan?
Anda boleh membuat aduan di ruang e-Aduan di Laman Web Rasmi PDRM
di www.rmp.gov.my atau Biro Pengaduan Awam di www.pcb.gov.my.
Bagi membantu dan mempercepatkan siasatan, sertakan masa, lokasi ,
butiran kejadian serta nama atau nombor badan personel PDRM yang terlibat
(jika ada).
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan saman, anda boleh
menghubungi Pegawai Trafik Daerah, Kontinjen atau Bukit Aman
seperti yang tersenarai di Ruangan Maklumat Trafik di Laman Web
Tiada ulasan:
Catat Ulasan