KELENGKAPAN SEKOLAH MURID DARJAH SATU YANG PERLU IBUBAPA TAHU!!!
/
56
Comments
Salam
pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan
skang ramai parents especially yang 1st time anak nak masuk darjah 1
tahun depan. Jadinya...saya up balik entry berkenaan kelengkapan
persekolahan untuk rujukan ibu² dan bapa² diluar sana yerp
☺
_____________________________________________________________________
Hamek ko...Huruf besar aku letak tajuk tu. Menandakan topiknya yang agak penting juga buat IBUBAPA yang anak nak masuk darjah 1 (satu) tahun depan. Sila bersiap sedia untuk membaca karangan yang agak panjang ini yerp. Membuak² idea datang masa memandu tadi.
_____________________________________________________________________
Hamek ko...Huruf besar aku letak tajuk tu. Menandakan topiknya yang agak penting juga buat IBUBAPA yang anak nak masuk darjah 1 (satu) tahun depan. Sila bersiap sedia untuk membaca karangan yang agak panjang ini yerp. Membuak² idea datang masa memandu tadi.
Semalam
terbaca satu status dari sahabat FB. Anak nak masuk darjah satu
katakana. Apakah kelengkapan yang perlu di beli untuk anak masuk
darjah satu ni. Memandangkan ramai jugak kawan² aku yang anak²
mereka akan memasuki tahun satu. Meh nak share
pengalaman #makbanyakanaktahun
lepas. Harap dapat membantu.
Perkara
utama yang perlu ibubapa amik tahu adalah:
1)
Yuran Sekolah
Tak
perlu risau pasal yuran sekolah sebab tiada yuran yang di kenakan.
Sekolah lain aku tak sure tapi sekolah Iman Hakimi ni tak der. Cuma
kena bayar duit PIBG sebanyak RM50 sahaja.
2)
Buku sekolah
Untuk
buku sekolah ni, better beli awal². Jangan beli masa hari orientasi
sebab faham² lah kan. Dah tentu ramai parents yang nak membeli buku
jugak. Kat kedai buku ada disediakan list² buku untuk dari darjah
satu sampailah darjah enam. Kalau tak sure buku apa yang nak dibeli,
masa hari orientasi tu nanti tanya cikgu² darjah satu buku apa yang
perlu dan tak perlu dibeli. Pastu terpulang lah nak beli haritu jugak
atau selepas tu. Kalau tabah nak beratur panjang,
dipersilakan…hehehe…
Kalau
nak tau, total untuk suma buku termasuk neck tie dan lencana sekolah
adalah RM119.90.
Buku teks tak payah risau sebab sekolah bagi free jer.
3)
Baju Sekolah (Kebangsaan dan Agama)
Model
tak berbayar Jony & Jeny
Untuk
Iman Hakimi, aku peruntukkan 3 pasang (Baju dan Seluar) untuk sekolah
Kebangsaan dan 3 pasang (Baju, Seluar dan Sampin) untuk sekolah
agama. Jenama plak untuk rakyat marhaen macam aku ni memang beli yang
mampu poket. Aku beli kat Pusat Pakaian Hari2 jenama Jony & Jeny.
Alhamdulillah…tahan lasak dan tahan lama baju tu. Apa ada pada
jenama kan. Kalau uolls mampu poket, boleh jer beli jenama canggih
manggih, professor dan juga jenama² yang lain. Bergantung pada
kemampuan masing². Kalau nak tempeh baju anak pon boleh.
4)
Bag Sekolah
Aku
peruntukan 2 bag sekolah. Satu untuk sekolah kebangsaan dan satu
untuk sekolah agama. Bag sekolah kimi tu dapat free masa graduation
day. Penjimatan di situ. Tapi bagi aku, better beli bag sekolah yang
mahal sket sebab tahan lasak daripada beli bag murah yang terpaksa
tukar berkali2. Betul tak….hehehe…Faham² lah budak lelaki kan.
Koyak sana sini bag sekolah tu di kerjakan. Dengan zip bag tercabut
lah. Dua kali lah kimi tukar bag sekolah…ahaksss…Kalau budak
perempuan mungkin pandai jaga sket kot.
5)
Kasut Sekolah
Bagi
pendapat aku. Better keli kasut sekolah jenis canvas, bukan jenis
canvas + PVC yang macam span tu. Dan ingat…beli kasut lekat dan
bukan kasut bertali melainkan anak² anda memang sangat mahir ikat
tali kasut. Kenapa kasut canvas? Sebab kekadang kan cuaca tak
menentu. Hari mendung dan hujan buatkan kasut lambat kering. Jaman
kita dulu kalau kasut basah kita boleh sidai kat belakang besi
freezer. Sampai kuning² kasut ko kan. Ingat tak? Freezer skang mana
ada besi kat belakang tu. Jaman skang ni kalau kasut basah sidai
bawah kipas dengan volume kipas pon bukan main laju lagi. Tapi kalau
nak beli kasut canvas + PVC tu pon boleh. Make sure beli jugak kasut
canvas sebab kalau basah ada back up. Aku beli 3 pasang kasut sekolah
untuk kimi untuk sekolah kebangsaan dan agama. Tapi skolah agama si
kimi ni pakai selipar jer. Sekolah KAFA. Tak der strict sangat.
Jangan
lupa juga beli kapur kasut. Kalau agak² lupa nak basuh kasut, kapur
jer kasut tu bagi putih…hahaha…macam ada pengalaman
jer…ngeeee…Kimi memang aku suruh dia [basuh
kasut sendiri].
Sebab ibu dia ni dulu pon basuh kasut sendiri jer.
6)
T-Shirt Putih dan Tracksuit
Yang
ni pon perlu di ambil kira jugak. Budak² sekolah skang kalau ada
subject pendidikan jasmani dorang kena pakai baju sukan PJ sehari .
Tak macam kita dulu. Ada PJ jer baru kena tukar baju pastu tukar
balik pakai baju sekolah. Actually baju PJ ngan tracksuit (bertampal
nama sekolah) ni ada jual di kedai buku. Tapi memandangkan permintaan
tinggi, stok cepat habis. Kalau ada pon size besar. Jadi ko kena
menunggu. Ni pengalaman dari #makbanyakanak sendiri
yer. Mana yang tak der baju PJ tu, cikgu akan suruh pakai t-shirt
putih.
7)
Stationery
Haaaaaa…bab
stationery ni kekadang mengundang amarah jugak kat parents. Asal bagi
jer, hilang. Asal hilang jer mesti pencil. pembaris ngan pemadam.
Colour pencil jangan cakap lah. Kontot² di
kerjakannya...ppffttt…Cadangan aku, anda beli stationery macam
pencil, pemadam, pembaris dan jugak colour pencil secara banyak. Tak
der lah membazir kalau asyik nak membeli jerk kan. Gi jer dekat GM.
Beli banyak dapat murah kan.
8) Bag
Tags
Maaf
empunya blog. Pinjam gambar jap
Cute
kan. Aku tau kalau barang cute mute ni ibu² yang over kan. Yang ni
untuk gantung kat bag sekolah anak kalau anak tak cam atau lupa mana
satu bag sekolah dia. Biasalah…bag sekolah kan kekadang sama design
nya dengan kawan² yang lain. Jadi nya bag tag ni adalah penyelamat.
Tapi Kalau tak letak pon tak per.
Iyer
lah tu tak nak kan. Order untuk diri sendiri pon boleh jugak ni. Nak
lettwe...ekekeke...Boleh order kat [SINI] atau
bley gi [FB] dia
untuk tengok design² yang cute miut. Boleh juga cuci mata
kat [AnnaRozy
Homemade Kids Couture].
Ada bag tags jugak. Pilihan di tangan anda.
9) Sticker Nama
Bagus
jugak kalau order ni. Boleh tampal kat stationery anak². Tampal kat
botol air dan juga bekas makanan. Kalau rasa malas nak menulis nama
kat buku anak, boleh juga tampal sticker nama ni. Order nama ngan
nama kelas. Tapi untuk tampal kat buku sekolah anak² pilihlah gambar
yang senunuh sikit.
10) Lencana dan Name Tag Sekolah
Dulu
pakai lencana besi jer. Name tag plak pakai pin Skang ni suma
nya kena berjahit. Kalau baju kurung mungkin senang nak jahit. Tapi
kalau baju kemeja sekolah ni agak payah sket sebab nak kena jahit kat
poket tu *Alasan malas jahit..hahaha..*. Baru nampak cantik. Yang ni
aku hantar kat kedai jer. Untuk 3 pasang baju sekolah bawah RM10. Tak
ingat dah berapa dorang charge. Cuma [name
tag] tu
aku jahit sendiri. Lama jugak tunggu name tag nih.
11)
Duit Belanja
Aku
bagi Iman Hakimi duit belanja sekolah sehari RM3 pagi dan RM1 petang
sebab tengah hari abah dia datang amik pastu bawak gi makan. Tapi
better bawak bekal sebab jimat plus kalau dorang beli ntah apa
makanan yang di belinya. Pastu [makanan
kat kantin skolah pon boleh tahanmahal] wei.
Sian kat bebudak. Untuk 1st day tu cikgu akan guide murid² untuk
kekantin. Tapi parents kena ajar anak² macam mana nak membeli tau.
12)
Transit
Yang
ni sangat penting. Macam aku pepagi En. Bos atau aku sendiri yang
hantar. Sekolah agama kimi plak memang berhadapan dengan sekolah
kebangsaan. Jadinya…kalau murid² habis sekolah, cikgu sekolah
agama akan tunggu kat pondok pengawal dan bawak bebudak ni gi sekolah
agama. Mana yang transit akan terus mandi dan tukar baju utk sekolah
agama terus. Tapi aku amik yg private yang di panggil kelas
KAFA. Tapi berdaftar under JAKIM
Ada
jugak sekolah agama gomen. Tapi jauh dari rumah. Banyak factor yang
aku kena fikir sebab anak² aku yang amik waktu petang. Keselamatan
kimi kalau aku terlewat balik yang paling merisaukan. Kalau KAFA ni
ada day care skali. Transit kat area rumah aku tu RM70 even sekolah
ngan umah sekangkang kera. Dan aku rasa tahun depan naik lagi kot
yuran van/bas sekolah.
Zaman
skang tak macam zaman kita dulu. Gi sekolah agama dulu jalan kaki
jer. Agak jauh jugak lah dari rumah. Tapi skang ni kalau nak lepaskan
anak² gi sekolah sendiri memang fikir banyak kali. Jenayah makin
berleluasa tak kira umur. Parents pon kena ajar anak² macam mana nak
transit. Ikut dari belakang van/bas sekolah dalam seminggu ker.
Biar anak² hafal dan tau van/bas sekolah mana yang dorang perlu
naik. Jangan lupa letak nombor HP parents sendiri dekat bag sekolah
anak² kalau ada emergency kes ker kan.
Ok...dah
panjang berjela. Harap dapat bagi panduan untuk ibu² yang anak nak
masuk darjah satu tahun depan, Banyak benda nak kena amik tahu.
Especially bab transit tu. Alhamdulillah...aku tak der masalah dalam
bab transit ni sebab En. somi yang handle. Kalau dia tak dapat amik,
aku sendiri yang amik.
Note: Nanti
jangan lupa bawak camera gi masa 1st day sekolah. Moment yang tak
boleh di lepaskan. Macam² aksi nanti. Parents yang over amik gambar
anak. Anak relax jer,,,hehehe...
SEKOLAH DI PUTERAJAYA KE ?
BalasPadam