CARA DAN PANDUAN MENANAM EDAMAME (SOY BEAN GREEN)
Ramai
tertanya-tanya cara menanam benih edamame atau kacang soya hijau.
Sebenarnya pokok kacang soya masih boleh tumbuh dengan galak di
negara kita mengikut jenis pilihan variati. Ada edamame yang tahan
panas, sejuk dan hujan. Jika anda ke restoran-restoran Jepun di
sekitar ibukota Kuala Lumpur, terdapatnya resepi edamame rebus yang
dihidangkan. Apa kata kita cuba menanam benih edamame pada batas
atau polibag dan nikmati edamame rebus tanam sendiri.
Benih
edamame
|
Pertama
sekali dapatkan benih edamame ini dari kedai pertanian berhampiran
atau beli secara online. Terdapat beberapa variati edamame pilih
jenis tahan panas dan mampu hadapi hujan lebat.
Bagi
mereka yang ingin menanam edamame pada batas hendaklah pilih lokasi
yang menerima cahaya matahari melebihi 6 jam dalam 1 hari. Kawasan
di hadapan rumah, tepi pagar kiri dan kanan halaman rumah, balkoni
atau belakang rumah adalah lokasi yang dicadangkan. Juga pastikan
kawasan halaman rumah yang dipilih untuk menanam edamame tidak
ditakungi air ketika hujan. Jangan tanam pokok edamame di kawasan
kurang menerima cahaya matahari kerana pertumbuhan pokok akan
terbantut dan penghasilan buah kurang.
Sama
kes bagi mereka yang menanam edamame dalam polibag, pilih kawasan
atau tempat yang cukup sinaran matahari melebihi 6 jam.
Seterusnya
lokasi/batas yang dikenalpasti untuk ditanam edamame haruslah
digembur terlebih dahulu, guna cangkul untuk korek sedalam 1 kaki.
Gembur hingga tanah menjadi serpihan-serpihan kecil. Buang segala
batu, kayu sepihan tile dan sebagainya. Tambah lebih kurang 4 inci
kompos jenis manure green (tumbuhan) untuk
membaikpulih tanah batas tersebut secara menyeluruh. Seterusnya
bubuh 4 inci cocopeat atau sabut kelapa hancur dan gaul hingga
sebati. Untuk memperbaiki saliran dalam tanah batas, tambah pasir
sungai secukupnya. Tanonkinotuan tidak memberikan berapa kilo
kompos, pasir dan sabut kelapa hancuryang digunakan. Ini kerana ia
bergantung kepada batas yang dibuat. Besar saiz batas maka banyaklah
kompos, sabut kelapa hancur dan pasir yang diperlukan.
Edamame
berbunga
|
Jika
anda mempunyai tanah jenis potting soil yang di
beli dari kedai pertanian lagi praktikal dan sesuai. Campurkan
sahaja pada batas dan gaul hingga sebati. Pokok edamame sesuai
tumbuh pada tanah yang gembur, peroi dan subur. Tanah bersaliran
baik, pengudaraan yang baik dan kelembapan memberikan kualiti pokok
edamame tumbuh subur.
Bagi
dalam pasu pula, guna potting soil yang boleh
didapati di kedai. Anda juga boleh mencampurkan media seperti tanah
hitam, kompos dan pasir sungai dengan nisbah 2:1:1. Gaul media
hingga sebati dan masukkan ke dalam pasu atau polibag.
Selesai
membuat batas, anda bolehlah menanam benih edamame langsung pada
batas. Bagi tanomkinotuan tidak perlu merendam benih edamame. Buat
lubang sedalam setengah inci dengan jarak 1 kaki antara lubang.
Masukkan sebiji benih edamame pada setiap lubang dan timbus sedikit
tanah. Siram batas dengan air secukupnya. Benih kacang soya tidak
memerlukan batas terlalu basah cukup hanya lembab sahaja. Ini kerana
jika batas terlalu basah benih kacang soya akan memburuk dan tidak
akan bercambah. Namun apabila benih edamame sudah bercambah maka ia
perlu air yang cukup untuk membesar.
Edamame
dalam
polibag |
Bagi
mereka yang menanam dalam polibag pula buat lubang ditengahnya
sedalam setengah inci dan tanam benih edamame lalu timbus. Boleh
menanam 3 biji dalam satu polibag. Tidak ada masalah, yang penting
bubuh kerap dengan baja agar pokok edamame tidak bersaing dapatkan
makanan.
Hari
ke-7 hingga hari ke-14 hari adalah tempoh percambahan benih edamame.
Selepas 3 minggu tambah baja NPK organik untuk pertumbuhan pokok
dengan baik. Tabur baja selang 2 minggu hingga pokok edamame
menghasilkan buah. Anda boleh menambah bone meal untuk penghasilan
buah yang banyak. Selangselikan juga menyiram pokok edamame anda
dengan kompos teh, baja cecair ikan dan serum EM1 (EM1 inoculant
microbial).
Rutin
membuang rumput harus dilakukan untuk mengurangkan persaingan. Cabut
rumput di keseluruhan batas. Letak mulsa atau sungkupan pada batas
bagi mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai. Ia juga boleh mengawal
kelembapan batas pada tempoh tertentu.
Siram
pokok edamame jika perlu. 2 kali seminggu sudah memadai tetapi jika
cuaca panas berpanjangan siram lebih kerap untuk pokok edamame hidup
dengan baik dalam tempoh percambahan. Namun apabila benih sudah
bercambah siram air secukupnya untuk tumbuhbesaran yang baik tetapi
jangan terlebih menyiram pula.
Edamame
ditanam atas tanah/batas
|
2
bulan lebih pokok edamame sudah boleh dituai. Buah edamame tidak
matang serentak. Jadi anda harus memilih pod yang keras serta
bengkak buahnya besar menandakan biji edamame sudah matang. Petik
sehingga selesai dan anda boleh sejukbekukan dalam peti sejuk jika
tidak memasaknya dalam masa terdekat. Simpan dalam plastik berzip
dan ia boleh tahan selama 3 minggu atau lebih. Cara memakan edamame
ialah rebus edamame dengan dibubuh sedikit garam. Reneh selama 3
hingga 5 minit. Anda sudah boleh menikmati edamame tanam sendiri di
rumah. Jangan lupa matangkan beberapa pod edamame anda untuk tanaman
musim akan datang makanya anda tidak perlu membeli benih edamame
kali kedua.
Selamat
bertani dan menuai hasil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan