Jumaat, 27 Mei 2016

PEJABAT PARTI KOMUNIS MALAYA IPOH PERAK DARUL REDZUAN


KUMPULAN KOMPANG DATO TAIBAN SUNGAI AIR TAWAR SABAK BERNAM SELANGOR

SAMSIAH BTE FAKEH

Sabtu, 6 Jun 2009

Wawancara majalah Mastika Dengan Shamsiah Fakeh


Wawancara majalah Mastika Dengan Shamsiah Fakeh pada 2 Oktober 2007.

Sewaktu membelek-belek buku-buku untuk membuat rujukan aku terbaca sebuah wawancara bersama Srikandi Shamsiah Fakeh di dalam buku Memoirnya. Aku merasakan wawancara ini patut di baca oleh semua yang sentiasa menafikan perjuangan ahli-ahli PKM. Walaupun wawancaranya ringkas tetapi apa yang mahu di sampaikan oleh Srikandi Shamsiah cukup jelas. Wawasannya terlalu jauh jika hendak di bandingkan dengan kita yang tidak pernah mengharungi penderitaan dan kesengsaraan seperti mereka ini.

Kini Shamsiah telah pergi buat selama lamanya. Yang tinggal adalah sebuah catatan hidupnya yang telah di bukukan di dalam Memoir Shamsiah Fakeh. Cerita Shamsiah tidak mungkin akan anda baca dari buku sejarah sekolah anak anda. Berlaku adillah kita dengan mendengar hujah dari pihak kedua dan selepas itu barulah kita membuat penilaian.Buat mereka-mereka yang terlalu bencikan dengan komunisme, aku berharap semoga dengan hati terbuka menilai apa yang di katakan oleh srikandi Negara ini.

Mastika : Adakah Shamsiah menyesal masuk hutan, jadi pemimpin komunis dan berperang dengan British?

Shamsiah : Aku tidak pernah menyesal. Aku tidak menyesal masuk hutan dan masuk komunis.

Mastika : Apa pandangan Shamsiah terhadap perjuangan Parti Komunis Malaysia?

Shamsiah : Zaman PKM telah berlalu, tetapi jasad dan semangat perjuangannya menentang Jepun dan British akan kekal selamanya dalam sejarah. Komunis masih belum pupus dari muka bumi. Kamu sekarang boleh dapat lihat komunis di China, Russia, Cuba, Amerika, Jepun dan Australia. UMNO turut mempelawa Parti Komunis China untuk menyertai persidangan agong sebagai tetamu terhormat…. Komunis sekarang adalah apa? Apa rupa komunis pada masa akan datang, generasi muda berpeluang untuk melihatnya…

Mastika : Ada bekas pemimpin PKM mengatakan Shamsiah pengecut, kekok mengunakan senjata api, kerap sesat dan tidak popular di hutan? Apa komen Shamsiah?

Shamsiah: Aku pernah berkali kali sesat di dalam hutan, paling lama ialah 5 hari 5 malam. Setiap kali aku mengalami kelaparan, kegelapan, kotor, sakit dan keseorangan. Aku seorang perempuan dan insan biasa, juga rasa dan tau apa dia ketakutan dan kesukaran. Walaupun pistol ada di tangan aku, tapi tak ada pun sebutir peluru membunuh angota tentera dan polis. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka!

Mastika : Ramai bekas askar yang marah pada Shamsiah.Mereka masih anggap komunis itu penganas! bBunuh keluarga mereka. Apa pandangan Shamsiah?

Shamsiah : Orang Britishlah yang sepatutnya paling benci aku. Sebegitu lama orang British nak tangkap aku tapi tak dapat. Pada abad ke 21 ini, kita patut mengenang kembali sejarah dengan hati terbuka, peperangan adalah perkara hidup mati, kita semua tak suka peperangan. Kamu fikirlah kenapa penjajah boleh menjajah kita selama ratusan tahun? Dan apa pula sebabnya penjajah sanggup lepas tangan dan beredar pulang dari tanah air ini!

Mastika : Adakah Shamsiah merasa diri anda sebagai seorang pejuang kemerdekaan?

Shamsiah : memperjuangkan kemerdekaan adalah satu-satunya perkara yang aku lakukan untuk bangsa dalam hidup ku.

Mastika : Apa pandangan terhadap aishah Ghani? Aisyah pernah berkata Shamsiah terdorong masuk PKM dan tidak mengkaji hal-hal di belakang tabir(AWAS di peralat komunis)

Shamsiah : Aisyah dengan aku bagai adik beradik, dia seorang tokoh perjuangan kemerdekaan, aku gambira dan bersyukur dengan kejaannya! Cakap Aisyah munkin betul separuh, tapi kalau pada masa itu aku pintar dalam memilih untuk berjuang di mana hidup aku akan senang lenang dan tiada risiko, maka aku bukan Shamsiah!

Mastika : Apa pandangan Shamsiah terhadap Abdullah C.D. (Che Dat), ahmad Boestaman, wahi Abdullah, Musa Aman dan Ibrahim chik?

Shamsiah : Kesemua orang ini tokoh pejuang kemerdekaan dan juga rakan seperjuangan aku, kita telah pun berkenalan dalam tahu 1940an. Sekarang setengah dari mereka telah meninggal dan ada pun sudah tua dan uzur, aku pun. Kepada mereka aku sanjungi dan hormati.

Mastika: Apa yang paling di kesali Shamsiah dalam perjuangan?

Shamsiah : Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang untuk kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan dari perjuangan mereka.

Mastika : Apa yang paling di banggakan dalam perjuangan?

Shamsiah : Peninjauan terhadap pembangunan di Malaysia harus di lakukan dengan turut meninjau pembangunan di seluruh dunia. Kita tidak boleh membandingtkan keadaan Malaysia dengan 50 tahun yang lepas. Kita bukan sahaja memerlukan ekonomi yang maju, malah kita juga perlu mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia, mengurangkan jurang antara kaya dan miskin serta tidak mengkategorikan golongan berdasarkan bangsa dan agama. Itulah kemerdekaan yang kita mahu. Pemerintah yang hanya di kuasai oleh segelintir hartawan, cendiakawan Melayu dan bangsawan bukanlah sesuatu yang kita mahukan.

Mastika : Apa harapan shamsiah sebelum menutup mata?

Shamsiah : Masa depan bangsa dan Negara akan di miliki oleh generasi akan datang. Kamu yang dapat melihat peristiwa yang sebenar dalam sejarah pasti akan dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.

Di peti dari “MEMOIR SHAMSIAH FAKEH” DARI AWAS KE REJEMEN KE :10


SPR - DATO TAIBAN - PARTI BEBAS


HARIMAU PENJAGA EMPANGAN SUNGAI SELANGOR


HARIMAU PENJAGA EMPANGAN SEMENYIH


HARIMAU PENJAGA EMPANGAN KLANG GATE


HARIMAU MANDI DI ANAK SUNGAI ULU YAM


HARIMAU BUKIT SEMENYIH 3


HARIMAU BUKIT SEMENYIH 2


HARIMAU BUKIT SEMENYIH 1


PERLEMBAGAAN NEGARA - PERANGKAP HARIMAU


BILIK GURU


TAMAN PERMAI


TAMAN BAKTI


MASJID SUNGAI MANGGIS


DEWAN MAKAN ASRAMA


PONDOK PENGAWAL


BILIK KOMPUTER


PERPUSTAKAAN


KEDAI KOPERASI


PEJABAT


KANTIN


TINGKATAN 6 A (1)


TINGKATAN 6 B (1)


TINGKATAN 5 (5)


TINGKATAN 5 (4)


TINGKATAN 5 (3)


TINGKATAN 5 (2)


TINGKATAN 5 (1)


TINGKATAN 4 (5)


TINGKATAN 4(4)


TINGKATAN 4 (3)


TINGKATAN 4 (2)


TINGKATAN 4 (1)


TINGKATAN 3 (5)


TINGKATAN 3 (4)


TINGKATAN 3 (3)


TINGKATAN 3 (2)


TINGKATAN 3 (1)


TINGKATAN 2 (5)


TINGKATAN 2 (4)


TINGKATAN 2 (3)


TINGKATAN 2 (2)


TINGKATAN 2 (1)


TINGKATAN 1 (5)


TINGKATAN 1 (4)


TINGKATAN 1(3)


TINGKATAN 1 (2)


TINGKATAN 1(1)


Rabu, 25 Mei 2016

KURSUS MENANAM KACANG SOYA

CARA DAN PANDUAN MENANAM EDAMAME (SOY BEAN GREEN)

Ramai tertanya-tanya cara menanam benih edamame atau kacang soya hijau. Sebenarnya pokok kacang soya masih boleh tumbuh dengan galak di negara kita mengikut jenis pilihan variati. Ada edamame yang tahan panas, sejuk dan hujan. Jika anda ke restoran-restoran Jepun di sekitar ibukota Kuala Lumpur, terdapatnya resepi edamame rebus yang dihidangkan. Apa kata kita cuba menanam benih edamame pada batas atau polibag dan nikmati edamame rebus tanam sendiri.

Benih edamame 

Pertama sekali dapatkan benih edamame ini dari kedai pertanian berhampiran atau beli secara online. Terdapat beberapa variati edamame pilih jenis tahan panas dan mampu hadapi hujan lebat.

Bagi mereka yang ingin menanam edamame pada batas hendaklah pilih lokasi yang menerima cahaya matahari melebihi 6 jam dalam 1 hari. Kawasan di hadapan rumah, tepi pagar kiri dan kanan halaman rumah, balkoni atau belakang rumah adalah lokasi yang dicadangkan. Juga pastikan kawasan halaman rumah yang dipilih untuk menanam edamame tidak ditakungi air ketika hujan. Jangan tanam pokok edamame di kawasan kurang menerima cahaya matahari kerana pertumbuhan pokok akan terbantut dan penghasilan buah kurang.

Sama kes bagi mereka yang menanam edamame dalam polibag, pilih kawasan atau tempat yang cukup sinaran matahari melebihi 6 jam.

Seterusnya lokasi/batas yang dikenalpasti untuk ditanam edamame haruslah digembur terlebih dahulu, guna cangkul untuk korek sedalam 1 kaki. Gembur hingga tanah menjadi serpihan-serpihan kecil. Buang segala batu, kayu sepihan tile dan sebagainya. Tambah lebih kurang 4 inci kompos jenis manure green (tumbuhan) untuk membaikpulih tanah batas tersebut secara menyeluruh. Seterusnya bubuh 4 inci cocopeat atau sabut kelapa hancur dan gaul hingga sebati. Untuk memperbaiki saliran dalam tanah batas, tambah pasir sungai secukupnya. Tanonkinotuan tidak memberikan berapa kilo kompos, pasir dan sabut kelapa hancuryang digunakan. Ini kerana ia bergantung kepada batas yang dibuat. Besar saiz batas maka banyaklah kompos, sabut kelapa hancur dan pasir yang diperlukan.


Edamame berbunga

Jika anda mempunyai tanah jenis potting soil yang di beli dari kedai pertanian lagi praktikal dan sesuai. Campurkan sahaja pada batas dan gaul hingga sebati. Pokok edamame sesuai tumbuh pada tanah yang gembur, peroi dan subur. Tanah bersaliran baik, pengudaraan yang baik dan kelembapan memberikan kualiti pokok edamame tumbuh subur.

Bagi dalam pasu pula, guna potting soil yang boleh didapati di kedai. Anda juga boleh mencampurkan media seperti tanah hitam, kompos dan pasir sungai dengan nisbah 2:1:1. Gaul media hingga sebati dan masukkan ke dalam pasu atau polibag.

Selesai membuat batas, anda bolehlah menanam benih edamame langsung pada batas. Bagi tanomkinotuan tidak perlu merendam benih edamame. Buat lubang sedalam setengah inci dengan jarak 1 kaki antara lubang. Masukkan sebiji benih edamame pada setiap lubang dan timbus sedikit tanah. Siram batas dengan air secukupnya. Benih kacang soya tidak memerlukan batas terlalu basah cukup hanya lembab sahaja. Ini kerana jika batas terlalu basah benih kacang soya akan memburuk dan tidak akan bercambah. Namun apabila benih edamame sudah bercambah maka ia perlu air yang cukup untuk membesar.


Edamame dalam
polibag

Bagi mereka yang menanam dalam polibag pula buat lubang ditengahnya sedalam setengah inci dan tanam benih edamame lalu timbus. Boleh menanam 3 biji dalam satu polibag. Tidak ada masalah, yang penting bubuh kerap dengan baja agar pokok edamame tidak bersaing dapatkan makanan.

Hari ke-7 hingga hari ke-14 hari adalah tempoh percambahan benih edamame. Selepas 3 minggu tambah baja NPK organik untuk pertumbuhan pokok dengan baik. Tabur baja selang 2 minggu hingga pokok edamame menghasilkan buah. Anda boleh menambah bone meal untuk penghasilan buah yang banyak. Selangselikan juga menyiram pokok edamame anda dengan kompos teh, baja cecair ikan dan serum EM1 (EM1 inoculant microbial).

Rutin membuang rumput harus dilakukan untuk mengurangkan persaingan. Cabut rumput di keseluruhan batas. Letak mulsa atau sungkupan pada batas bagi mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai. Ia juga boleh mengawal kelembapan batas pada tempoh tertentu.

Siram pokok edamame jika perlu. 2 kali seminggu sudah memadai tetapi jika cuaca panas berpanjangan siram lebih kerap untuk pokok edamame hidup dengan baik dalam tempoh percambahan. Namun apabila benih sudah bercambah siram air secukupnya untuk tumbuhbesaran yang baik tetapi jangan terlebih menyiram pula.


Edamame ditanam atas tanah/batas

2 bulan lebih pokok edamame sudah boleh dituai. Buah edamame tidak matang serentak. Jadi anda harus memilih pod yang keras serta bengkak buahnya besar menandakan biji edamame sudah matang. Petik sehingga selesai dan anda boleh sejukbekukan dalam peti sejuk jika tidak memasaknya dalam masa terdekat. Simpan dalam plastik berzip dan ia boleh tahan selama 3 minggu atau lebih. Cara memakan edamame ialah rebus edamame dengan dibubuh sedikit garam. Reneh selama 3 hingga 5 minit. Anda sudah boleh menikmati edamame tanam sendiri di rumah. Jangan lupa matangkan beberapa pod edamame anda untuk tanaman musim akan datang makanya anda tidak perlu membeli benih edamame kali kedua.

Selamat bertani dan menuai hasil.


KURSUS MEMBUAT KACANG SOYA - RAMADHAN 2014

SEJARAH RUMAH LAMA - TEPI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TENGAR

SARKIS SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN

Khamis, 19 Mei 2016

SILAT GUNUNG SEMENYIH - HARIMAU NEGERI SEMBILAN - KOBESIS BERHAD

File     Juzuk        Surah        Baris        MukaSurat      Help




ANAK DARA MANDI DI PARIT SAWAH SEPADAN SUNGAI BESAR


INSTITUT AKADEMIK BAKTI SUNGAI LIMAU SUNGAI BESAR


POLITIK YAYASAN PETALING JAYA


POLITIK SURAT KHABAR WATAN UTM JALAN SEMARAK


TAN SRI KHALID BIN IBRAHIM

Khalid was born in the village of Kampung Jalan Raja Abdullah in Kuala Selangor district, Selangor. He graduated from the University of Malaya with a Bachelor's Degree in Economics and later obtained an MBA from the University of Queensland.[1]
Khalid began his career as a university lecturer. In 1979 he joined the United Malays National Organisation, the leading party in Malaysia's ruling Barisan Nasionalcoalition.[2] In the same year, he became the chief executive of the government-controlled fund management firm Permodalan Nasional Berhad (PNB), a position he held until 1994.[1] In 1981, he became famous for leading the "dawn raid" on the London Stock Exchange, which resulted in PNB gaining a 51% share in British plantationconcern Guthrie in less than two hours. He later became the CEO of the Malaysianized Guthrie, now known as Kumpulan Guthrie Bhd, from 1995 to 2003.[1

Rabu, 11 Mei 2016

PERTANDINGAN KOMPANG 2018



Kumpulan Kompang Sri Pinang Kg. Arab

Kumpulan Kompang Sri Pinang Kg. Arab.
Sedia menerima undangan Majlis Perkahwinan.
Untuk tempahan sila hubungi : 016 320 4827 (En. Jainal Abidin)


Terima kasih kepada YB Teng diatas peruntukan membeli kompang.

Isnin, 2 Mei 2016

ALUMNI SMT KL

05:30 - 06:30
07:00 - 07:15
07:30 - 2:40
2:40 - 3:15
3:30 - 4:30
5:00 - 6:15
6:15 - 7:00
7:00 - 8:00
8:30 -10:30
11:00 - 11:20
11:30
Bangun pagi dan solat subuh
Sarapan pagi
Waktu persekolahan
Makan tengah hari dan solat Zohor
Prep petang
Solat Asar dan riadah
Makan malam dan rehat
Solat Maghrib
Kelas persediaan malam
Solat Isyak & Minum malam
Lampu dipadamkan dan tidur