Khamis, 14 April 2016
GOVERMENT TENDER IN SOFTWARE SHOULD BE IN C ++
W3SCHOOLS
person person = new_person();
person.firstname = "MAHADI BIN MOHD YATIM";
person.lastname = "630611-10-5925";
person.firstname = "MAHADI BIN MOHD YATIM";
person.lastname = "630611-10-5925";
PERMATANG SEMILANG SDN BHD
Permatang Semilang Sdn Bhd
No.
12, Tingkat 1, Jalan ST 1C/4, Medan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
Selangor 43900 Malaysia
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Permatang
Semilang Sdn Bhd terletak di Sepang. Permatang Semilang Sdn Bhd
berfungsi dalam aktiviti Pemborong jentera, Kedai perabot,
Kedai-kedai perkakasan. Permatang Semilang Sdn Bhd alamat adalah No.
12, Tingkat 1, Jalan ST 1C/4, Medan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
Selangor 43900 Malaysia.
Anda boleh menghubungi syarikat tersebut di 03-8706
4298
Alamat:
No.
12, Tingkat 1, Jalan ST 1C/4, Medan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
Selangor 43900 Malaysia
Bandar:
Sepang
Wilayah
pentadbiran:
Selangor
Negara:
Malaysia
Jumaat, 1 April 2016
DELTO MEDICAMA PLANTATION SDN BHD
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan
meneruskan cadangan menaikkan kadar kompaun maksimum sebagai satu
usaha menurunkan statistik kemalangan jalan raya maut yang meningkat
sepanjang tahun.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Muhd Fuad Abu
Zarim berkata pihaknya kini sedang meneliti proses bagi tujuan itu
termasuk pindaan dari sudut perundangan sebelum ia dilaksanakan
selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Tanpa menyebut jumlah kenaikan kadar
kompaun berkenaan, beliau berkata sudah tentu ia akan melalui proses
perundangan kerana sebelum ini kadar bayaran maksimum RM300 yang
ditetapkan merupakan sebahagian daripada Seksyen 120 Akta
Pengangkutan Jalan 1987.
“Jadi kalau kita mahu melakukan
pindaan, ia perlu melalui proses di peringkat jemaah menteri,
kemudian akan dibentangkan di Parlimen dan setelah diluluskan oleh
Parlimen barulah boleh ia dikuatkuasakan.
“Untuk sementara waktu ini, kita
masih mengguna pakai undang-undang sedi ada dan harap pindaan
tersebut dapat dilaksanakan selewat-selewatnya hujung tahun ini
(berdasarkan syor PDRM),” katanya kepada pemberita selepas
melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di
sini hari ini.
Turut hadir Ketua Trafik Pasukan
Cawangan Bukit Aman SAC Mahamad Akhir Darus, Timbalan Ketua Polis
Terengganu Datuk Hashim Abd Jalil dan Ketua Polis Daerah Marang DSP
Mohd Suhaimi Ali.
Muhd Fuad berkata kadar kompaun
berkenaan dilihat wajar dinaikkan memandangkan ia tidak pernah
dinaikkan sejak 28 tahun lalu dan mungkin kadar berkenaan terlalu
ringan sehingga tidak lagi memberi kesan kepada pengguna jalan raya.
“Hasil pemerhatian PDRM, saban
tahun pelbagai usaha dijalankan bagi mengurangkan kemalangan jalan
raya termasuk kempen keselamatan dan operasi khas sempena musim
perayaan, namun seolah-olah ia tidak memberi kesan kepada pengguna
jalan raya.
“Jadi kita berharap dengan
kenaikan kadar kompaun ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan
kepada pengguna jalan raya agar lebih mematuhi peraturan jalan raya
sekali gus mengurangkan kadar kemalangan maut yang semakin meningkat
saban tahun,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan
Sri Khalid Abu Bakar mencadangkan agar jumlah kompaun maksimum
dinaikkan sebagai antara inisiatif mengurangkan kadar kemalangan di
jalan raya.
Menurut Khalid, tindakan itu bagi
mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam
pemanduan kerana mereka masih dilihat penyumbang utama kepada
kemalangan.
Dalam pada itu, Muhd Fuad berkata
cawangan trafik PDRM akan diperbesarkan dan dimantapkan dengan
penubuhan jabatan baharu yang dikenali sebagai Jabatan Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik, Mac ini.
“Jabatan baharu ini akan
dilancarkan 25 Mac ini sempena sambutan Hari Polis, ia akan mempunyai
pengarah sendiri. Dengan jabatan baharu ini ia akan memberi fokus
kepada keperluan jabatan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya
meliputi pelbagai aspek.
“Kita harap dengan penubuhan
jabatan baharu ini, ia turut memberi faedah kepada masyarakat
terutama dari segi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya
di seluruh negara,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)
